TEKNIK MEMBACA BERKESAN

Saturday, 2 April 2011


Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.
(a) Preview (Tinjau)
Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.
(b) Question (Soal)
Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.
(c) Read (Baca)
Baca satu seksyen ke satu seksyen untuk mencari jawapan soalan yang anda telah bentuk itu. Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Ini merupakan suatu pembacaan yang aktif. Oleh itu, carilah tempat di mana anda boleh membaca dengan sepenuh tumpuan. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat meningkatkan keberkesanan dan impak proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.
(d) Self-Recitation (Menyebut Kendiri)
MENYEBUT KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Adalah lebih berkesan jika anda menyebutkan fakta-fakta kepada diri anda secara lisan. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.
(e) Test (Uji)
UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.
Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda.

LAGU SEKOLAH


Melangkah ke era wawasan
Berbekal semangat waja
Tekun dan gigih berusaha
Ikrar azam di dada

Berdisiplin, berilmu, berjaya
Cogan kata kami semua
Rakan-rakan, ibu bapa dan guru
Gembeleng tenaga tanpa rasa jemu

Agama serta bangsa
Nusa maju tercinta
Dicurahkan taat setia

Kita kejar impian
Kita bina harapan
Tuju mercu kejayaan

Bersopan, beretika
Lahir insan mulia
SMKTM terus berjaya
SMKTM terus berjaya

KEMUDAHAN PUSAT SUMBER SMK TAMAN MELATI

Galeri rujukan

Ruangan santai

Galeri seni

Galeri ilmu

Kaunter peminjaman dan pemulangan

Ruangan membaca

PIAGAM PELANGGAN PSS
1.Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang selesa dan mencukupi.

2.Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan bantu yang terkini yang berkeadaan baik dengan segera.

3.
Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan mencukupi untuk keperluan atau kegunaan pengguna.
4.Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga sekolah.
5.Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi pendidikan kepada pengguna dari semasa ke semasa.
6.Memberi khidmat, layanan mesra, bersopan dan sentiasa peka kepada masalah pengguna.
7.Membantu memupuk tabiat pembelajaran kendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.

FALSAFAH PUSAT SUMBER SEKOLAH



Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat menjalankan aktiviti yang menuju ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Ia merupakan satu konsep yang banyak menumpukan kepada pengurusan yang sistematik, berpusat dan menyeluruh yang dapat memberi faedah dan perkidmatan yang maksima kepada guru dan pelajar.

Pusat sumber sekolah berfungsi sebagai pengumpul, penyusun dan penyimpan maklumat dalam satu sistem yang senang difahami dan mudah dikesan. PSS juga bertindak sebagai penyebar bahan-bahan maklumat dengan cepat dan segera apabila diperlukan.

Pusat sumber adalah sebagai satu sistem perkhidmatan semua pihak di peringkat sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulum. Fenomena ini akan menggalakkan perkembangan intelektual, rohani, emosi dan jasmani yang seimbang.